:: Resep Masakan Khas ::

Resep Masakan Khas Dengan Berbagai Kategori Bahan Pangan.

Buah Noni


KANDUNGAN

I ) Pengenalan

II ) Latar belakang buah Noni

III ) Penggunaan tradisional buah Noni dalam beberapa masyarakat di dunia

IV ) Penyelidikan terhadap buah Noni dengan perubatan moden

V ) Cara-cara penggunaan buah Noni

a ) Prinsip penggunaan am

b ) Perkara-perkara yang perlu diperhatikan ketika meminum jus buah Noni

c ) Panduan kepada pesakit diabetes

d ) Cara menggunakan jus buah Noni pada masa kecemasaan

e ) Fenomena mengeluarkan toksik daripada badan

f ) Cara penggunaan yang lain

VI ) Kesimpulan

PENGENALAN

Buah Noni (nama tempatan di Hawaii) atau nama saintifiknya Morinda citrifolia juga dikenali sebagai buah mengkudu (nama tempatan di Malaysia) diketahui begitu kaya dengan pelbagai ramuan perubatan sehingga dikenali sebagai ‘ratu tumbuhan’. Tumbuhan ini mempunyai ketinggian 15 kaki hingga 30 kaki. Ia boleh berbunga dan berbuah sepanjang tahun. Bunganya berwarna putih manakala buahnya yang sudah masak berbentuk poligon seperti bentuk ubi kentang. Dalam buahnya mengandungi biji bernih yang berwarna coklat. Buah mengkudu yang telah masak akan berubah dari warna kuning kepada warna putih.

Di Malaysia, pokok Noni tumbuh liar di kawasan kampung tetapi masyarakat memandang remeh khasiatnya berbanding dengan saintis Hawaii yang telah membuat kajian mengenainya sehingga buah itu dikomersialkan sejak tahun 1993. Walau bagaimanapun penyelidikan terhadap pokok Noni mula dijalankan di Bahagian Tumbuhan Ubatan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Salah seorang daripada penyelidik ialah Dr. Mohd. Ilham Adenan.

LATAR BELAKANG BUAH NONI

Buah Noni mula sekali digunakan sebagai ubat tradisional di Kepulaunan Pasifik Selatan, kemudian di China dan India. Selepas itu, ia telah dipindahkan ke Tahiti, Hawaii, Malasia sejak 2000 tahun lagi. Di kalangan masyarakat Kepulaunan Hawaii, buah Noni ini dianggap sebagai ‘the magic fruit’ atau buah ajaib kerana nilai perubatannya yang tinggi. Sebernarnya buah Noni telah tercatat dalam manukrip purba sebagai salah satu bahan utama dalam ramuan perubatan. Keajaiban buah Noni telah terserlah ketika Perang Dunia kedua lagi. Tentera yang berada di Kepulaunan Polynesia diberikan buah Noni oleh penduduk tempatan untuk menghindari rasa letih dan memperkuatkan badan. Seluruh bahagian pokok Noni dipercayai mempunyai nilai perubatan yang tersendiri.

Buah Noni (Morinda citrofolia) mempunyai lebih daripada 80 spesies. Ia tersebar luas di kawasan hutan tropikal. Walau bagaimanapun, buah Noni yang terdapat di Kepulaunan Polynesia, Tahiti mempunyai nilai perubatan yang tertinggi sekali kerana kawasan tersebut belum lagi dicemari. Pengeluaran buah Noni daripada rantau Pasifik Selatan merangkumi lebih daripada 60% pengeluaran dunia. Di antara kawasan-kawasan ini, Tahiti merupakan kawasan pengeluaran buah Noni yang terpenting.

PENGGUNAAN TRADISIONAL BUAH NONI DI BEBERAPA MASYARAKAT DI DUNIA

Buah Noni boleh ditemui dengan banyaknya di Asia Tenggara, Australia, New Zealand, India, Carribean dan Tahiti mempunyai nama yang berbeza. Sungguhpun begitu, masyarakat di tempat-tempat ini masing-masing menggunakan buah ini sebagai ubat tradisional untuk mengubati pelbagai penyakit.

Misalnya di Kepulaunan Carribean, buah Noni dipanggil ‘pain killer tree’ (pokok menahan kesakitan) kerana kegunaannya yang meluas untuk meredakan kesakitan akibat benggkak, terseliuh, patah tulang, demam dan pelbagai lagi. Manakala di Asia Tenggara, pokok yang dipanggil ‘nhau’ itu digunakan untuk mengubati sakit tekak serta penyakit mulut dan gusi. Masyarakat di Filipina pula percaya buah Noni bertindak membersihkan usus terutamanya menghindari perut daripada parasit. Masyarakat Melayu sama ada di Malaysia atau Indonesia pula biasanya menggunakan buah Noni untuk mengubati gangguan semasa kencing, diabetes, batuk, senggugut dan perdarahan. Manakala masyarakat Burma pula gemar memasak gulai buah yang masih muda dan buah yang telah masak akan dimakan mentah bersama garam. Sementara di Kepulaunan Ratatonga, Samoa dan Fiji, buah Noni telah menjadi makanan ruji masyarakat di sana. Mereka menggunakannya sama ada mentah atau dibuat gulai.

PENYELIDIKAN TERHADAP BUAH NONI DENGAN PERUBATAN MODEN

Saintis pertama yang mengkaji tentang buah Noni ialah seorang ahli biokimia yang terkenal, Dr. Ralph Heinicke. Semasa Dr. Heinicke membuat kajian mengenai bromelain nanas di Hawaii, beliau mendapati nanas mengandungi proxeronine. Pada masa yang sama, beliau turut mendapati kandungan proxeronine dan proxeronase dalam buah Noni lebih tinggi daripada nanas. Maka, Dr. Heinicke telah merumuskan bahawa buah Noni ialah sumber terbaik pembentukan protein dalam badan manusia.

Dalam kajian fisiologi Dr. Heinicke, baliau mendapati proxeronine penting untuk mensistesis alkaloid xeronine. Xeronine ialah sejenis protein yang hanya dapat dihasilkan dalam usus manusia. Kekurangan xeronine boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Proxeronine dan proxeronase akan berubah menjadi xeronine melalui tindakbalas biokimia dalam usus. Ini seterusnya boleh mengaktifkan fungsi enzim dalam badan manusia serta merangsang sistem pencernaan, sistem peredaran darah, sistem doktrin dan sistem pembiakan. Dengan adanya xeronine, ia boleh mencegah pelbagai jenis penyakit seperti diarrhea, asma, diabetes, arthritis, migrain, masalah haid, batuk, sakit tekak, penyakit mulut dan gusi, merendahkan tekanan tinggi, mencegah pertumbuhan parasit dan kulat, merencatkan pertumbuhan sel-sel barah dan lain-lain penyakit lagi. Selain itu, xeronine juga menggalakkan pertumbuhan tisu dan mengaktifkan fungsi sel-sel badan. Oleh itu, xeronine turut memperlihatkan kesan yang terserlah untuk patah tulang, salah urat, seranggan serangga, barah bir, melecur dan terbakar serta menghalang proses penuaan.

Melalui penyelidikan terhadap buah Noni yang dilakukan oleh ahli botani yang terkenal, Dr. Isabella Abboft, beliau membuktikan Noni boleh mencegah diabetes dan penyakit barah serta merendahkan tekanan darah tinggi. Manakala ahli biokimia, Dr. Joseph Bafz turut menunjukkan noni mengandungi antihistamin yang boleh mencegah asma, hayfever dan rheumatism. Selain itu, Noni juga mengandungi karbohidrat, protein, garam galian dan lemak tak tepu yang penting untuk kesihatan. Sementara itu, penyelidikan yang dilakukan oleh Mona Harrison, M.D., Ph.D., bekas Timbalan Dekan Falkuti Perubatan, University of Boston, beliau mendapati jus Noni boleh merangsang perembesan serotonin dan melatonin. Oleh itu, ia boleh digunakan sebagai soporifik dan menggalakkan afrodisiak. Amalan meminum jus Noni boleh mencegah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan hormon seperti nyanyuk serta menghalang proses penuaan.

(rujuk Lampiran 1)

CARA-CARA PENGGUNAAN BUAH NONI

a ) Prinsip Penggunaan Am

Jus buah Noni boleh diminum atau disapu pada tubuh badan yang berluka. Biasanya, buah Noni akan dihempas dan ditapis untuk mendapatkan jus bagi kegunaan selanjutnya. Ini kerana lebih daripada 60% kandungan buah Noni terdiri daripada air. Jus buah Noni boleh diminum pada sebarang masa. Walaupun jus ini diminum sebelum memakan mengambil sebarang makanan menggalakkan kadar penyerapannya tetapi jika ia diminum selepas memakan makanan atau diminum bersama dengan makanan lain, fungsinya tetap tidak akan terjejas. Jus ini boleh diminum oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengambilkira umur dan jantina pengguna. Wanita yang hamil juga boleh meminumnya kerana buah Noni ialah makanan dan bukannya ubat.

Biasanya, kuantiti pengambilan jus buah Noni tidaklah begitu banyak. Kuantiti penggunaan yang sesuai bagi setiap hari bersamaan dengan 2 sudu atau 30cc. Walau bagaimanapun, ia harusnya bersesuaian dengan keadaan dan umur seseorang. Terdapat pengguna yang hanya perlu meminumnya sekali sehari dan ada pengguna pula yang perlu meminumnya lebih daripada 4 kali dalam sehari. Kesemua ini perlu bergantung kepada kesan selepas meminumnya.

b ) Perkara-perkara Yang Perlu Diperhatikan Ketika Meminum Jus Buah Noni

Jus buah Noni boleh ditambah dengan sebarang jus buah-buahan, jus sayur-sayuran, teh, atau minuman lain. Ia juga boleh digunakan sabagai bahan perisa semasa memasak. Jika digunakan sebagai bahan perisa, ia seharusnya dibubuh kepada lauk-pauk selepas siap simasak. Ini kerana suhu tinggi akan menjejaskan khasiat jusnya. Dengan alasan yang sama, jus buah Noni tidak boleh dipanaskan dalam microwave atau dicampur dengan air yang terlalu panas bagi menjamin kesempurnaan khasiatnya.

Jus buah Noni mengandungi vitamin C yang tinggi, maka ia tidak harusnya dimasukkan dalam perkakas yang diperbuat daripada kristal kerana kristal mengandungi plumbum yang akan terurai dalam perisa masam yang tercampur dengan jus. Oleh itu, perkakas yang paling sesuai ialah perkakas yang diperbuat daripada kaca.

Jika ingin mencampurkan jus buah Noni dengan air, haruslah menggunakan air yang telah ditulen, air mineral atau air suling dan bukannya air paip yang mengandungi gas hidrogen yang akan menjejaskan khasiat jus buah Noni. Sekiranya terpaksa juga menggunakan air paip, air paip tersebut haruslah dimasak lebih kurang 5 minit sebelum dicampurkan kapada jus buah Noni.

Sebelum meminum jus buah Noni, pengguna dinasihatkan meminum air kosong ( bukannya teh atau kopi )dahulu bagi meneutralkan asid gastrik. Kemudian barulah meminum jus buah Noni diikuti dengan segelas air kosong lagi supaya khasiatnya senang diserap oleh badan.

c ) Panduan Kepada Pesakit Diabetes

Jus buah Noni boleh merendahkan aras glukosa darah. Oleh itu, pesakit diabetes yang meminum jus ini antara 30-60cc setiap hari boleh mendapat manfaat daripadanya. Sekiranya pesakit diabetes mengambil terlalu banyak insulin boleh menyebabkan keadaan hipoglisemia. Maka pesakit diabetes dinasihatkan selalu menguji aras glukosa darah setiap hari untuk mengawal aras glukosa darah bagi menetapkan dos insulin yang diperlukan.

d ) Cara Menggunakan Jus Buah Noni Pada Masa Kecemasan

Pada masa kecemasan dan tidak sempat berhubung dengan doktor seperti patah tukang, salah urat, terhempap, sakit tekak, penyakit buah pinggang dan lain-lain penyakit yang disebabkan oleh infeksi virus. Maka pesakit boleh meminum jus buah Noni sebanyak 90-120cc atau 6-8 sudu serta-merta. Kuantiti jus ini dikekalkan setiap 8 jam. Sekiranya masalah kesakitan tidak bertambah baik, haruslah berhubung dengan doktor.

e ) Fenomena Mengeluarkan Toksik Daripada Badan

Badan manusia berdaya mengeluarkan bahan buangan yang terkumpul dalam badan melalui proses metabolisme. Pengumpulan bahan toksik seperti bahan pengawet, racun pertanian, ubat, air dan udara yang tercemar menyebabkan kita merasa sakit dan tidak selesa. Dengan meminum jus buah Noni, kesemua bahan toksik ini boleh dikeluarkan daripada badan. Fenomena ini dikenali sebagai “tempoh baik pulih”.

Dalam tempoh ini, seseorang akan terasa ketidakselesaan seperti cirit-birit, batuk, menimbul jerawat pada muka, radang kulit, sakit kepala, sakit sendi dan lemah selama beberapa hari atau beberapa minggu. Sekiranya ketidakselesaan ini tidak serius, pengamalan meminum jus Noni boleh diteruskan. Apabila kesemua bahan toksik dalam badan telah dikeluarkan, pengguna akan merasa selesa sungguh dan sentiasa bersemangat. Walau bagaimanapun, pengguna dinasihatkan meminum kekurang-kurangnya 8 gelas air sehari supaya proses pengeluaran bahan toksik dapat dijalankan dengan lebih senang. Sekiranya ketidakselesaan badan agak serius, pengguna boleh meminum separuh daripada kuantiti jus Noni yang asal atau mencampurkan jus ini dengan air atau jus buah-buahan lain dan diminum 3-6 kali sehari. Jika ketidakselesaan ini masih berterusan, pengguna dinasihatkan menghentikan amalan meminum jus Noni buat seketika masa kerana pengguna tersebut mungkin alergik terhadap jus buah Noni.

f ) Cara Penggunaan Yang Lain

Selain daripada meminum jus buah Noni, penduduk di Tahiti juga menggunakannya untuk disapu pada bahagian tubuh yang salah urat, radang kulit dan gigitan serangga. Pengguna juga boleh mencampurkan sesudu jus Noni dengan secawan air (bukan air yang terlalu panas) untuk merendam pada bahagian tuduh yang sakit. Apabila campuran jus dan air telah sejuk, campuran tersebut boleh dipanaskan semula untuk seketika masa. Jus buah Noni juga boleh digunakan untuk membersihkan mulut, gusi dan gigi serta sebagai shampoo.

KESIMPULAN

Buah Noni merupakan makanan perubatan semulajadi bagi penduduk di Kepulaunan Pasifik Selatan. Ia mempunyai nilai perubatan dan khasiat yang tersendiri. Dengan penyelidikan para saintis daripada Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan negara-negara lain, buah Noni telah dibuktikan mempunyai pelbagai jenis bahan kimia yang boleh mencegah pelbagai jenis penyakit. Walau bagaimanapun, kesemua ini hanyalah merupakan laporan penyelidikan sains sahaja dan memastikan bahawa buah Noni boleh merawati kesemua jenis penyakit. Ini kerana keadaan kesihatan, persekitaran dan tabiat seseorang menentukan kesan penyerapan terhadap jus buah Noni.

Pendek kata, memandangkan buah Noni mempunyai nilai perubatan dan khasiat yang tinggi, tidak mustahillah buah Noni semakin mendapat tempat dalam bidang perubatan moden.

 

LAMPIRAN 1

Penyakit/Masalah Kesihatan

Bilangan Pengguna Buah Noni

Bilangan Yang Berkesan (%)#

Penyakit barah

847 847

67

Penyakit jantung

1,058

80

Strok

983

58

Diabetes (Jenis 1& Jenis 2)

2,434

83

Afrodiasiak

7,931

91

Kegemukan

1,545

88

Tekanan darah tinggi

2,638

72

Rheumatism

721

80

Sakit

3,785

87

Alergik

851

85

Masalah pencernaan

1,509

89

Masaalah pernafasan

2,727

78

Tidak boleh tidur

1,148

72

Gangguan fungsi otak

301

89

Rasa selesa

3,716

79

Penyakit buah pinggang

2,127

66

Tekanan

3,273

71

# Pengalaman daripada pengguna buah Noni . Mereka yang tidak memperolehi manfaat daripada penggunaan buah Noni disebabkan oleh pengambilan kuantiti jus yang tidak mencukupi serta tempoh pengambilan yang tidak cukup panjang.

Sumber: Dipetik daripada Liquid Island-The Tropical Fruit With 101 Medical Uses. Neil Solomon, M.D.,Ph.D.

Statistik di atas diperolehi oleh Neil Solomon, M.D. , Ph.D. dengan cara temubual dengan lebih daripada 40 orang doktor dan ahli khasiat yang mengesyorkan penggunaan buah Noni kepada lebih daripada 8,000 orang pesakit atau mereka yang menghadapi masalah kesihatan. Buah Noni mempunyai kesan positif kepada lebih daripada 100 jenis penyakit dan masalah kesihatan. Penyakit dan masalah kesihatan yang ditunjukkan di atas hanyalah sebahagian daripada masalah yang utama.

 

 

LAMPIRAN 2

Buah Noni

 

 

LAMPIRAN 3

Bunga Noni

 

LAMPIRAN 4

Daun Noni

 

 

 

 

 

 

 

About these ads

2 Komentar»

  sumantara wrote @

salam,
saya berasal dari bali mau minta informasi tentang komposisi yang terkandung dalam Noni.
apa saja kandungannya dan berapa persen kandungannya.sebelum dan sesudahnya atas informasinya saya ucapkan banyak terima kasih.

Hormat saya,

( I kadek elys sumantara)

  obat diabetes wrote @

siapa yang tau buah noni..buah yang lebih dikenal dengan buah mengkudu sangat bagus untuk obat bagi penderita diabetes


Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

byeabby

Just another WordPress.com site

Dimanamimpiku

jika untuk meraih mimpi sendiri tidak bisa, maka ajaklah orang lain

BUNKATOMATO

Home is where the heart is

Mizanul's Family

Assalamualaikum......Selamat Datang Di Keluarga Mizanul

anisa kusuma's bLog

somestory in a compLex worLd

bisnisonlineeva

Peluang Bisnis Tanpa Batas

AVANT-GARDE 91

from old manuscripts to modern design, exceeding ordinary people

panda's Blog

Just another WordPress.com site

Kafkanafisa's Blog

Just another WordPress.com weblog

Ipangenduth's Blog

Just another WordPress.com weblog

Riniivan's Blog

Something about my life

surya

Just another WordPress.com weblog

AKATSUKI SHOP

JUAL JAKET ANIME

lee anymizz

Experience is best teacher

ardiChris Notes

catatan perjalanan omKlik

.::.Pengalaman Sufistik.::.

Menyibak Misteri Ketuhanan

Ultravelizer

Just another WordPress.com site

A Look From The Other Side

" Lihat....Dengar....Rasakan lalu Tuliskan...."

Creative for Better Life

teknologi informasi, pendidikan, berita hangat

Alkabri's Weblog

Just another WordPress.com weblog

Abasosay's Weblog

Mencoba melihat dari sisi yang lain

A cook guide to catastrophe

When chefs get bored....

bawelicious

me love talking

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.

Bergabunglah dengan 331 pengikut lainnya.

%d blogger menyukai ini: